Mengapa dikenang cinta yang pergi..

Khamis, 25 Mac 2010

Semasa dilamun cinta, semuanya dirasakan indah. Tidak nampak sebarang kekurangan dalam diri pasangan. Namun, bila sudah ditinggalkan atau lama mengenali, yang manis pahit dirasakan.. yang indah, hilang serinuya. Adakalanya bila ditinggalkan kekasih, akan terasa kosong, dan kecewa kerana hal ini. Ada juga yang tertanya-tanya pada diri, apa kekurangan diri, dimna silapnya hingga pasangan berubah hati dan mencari yang lain. Tak kurang juga kita pernah terbaca didalam akhbar kisah ada yang sanggup bertindak mencederakan diri sendiri semata-mata kerana ditinggalkan kekasih. Untuk yang pernah ditinggalkan kekasih, saya bawakan lirik lagu nasyid bertajuk "Dugaan Kasih" ini. Semoga dapat dijadikan panduan kita bersama.

Wahai teman usah kenangkan,
Kisah cintamu yang amat memilukan,
Ditinggalkan kekasih hati,
Impian hidup tiada erti lagi.
Diri kecewa hampa dan duka,
Derita seakan tiada hujungnya,
Arah hidupmu tidak menentu,
Tiada insan dapat membantu.
Bukankah ini suatu dugaan,
Dari Tuhan yang Pengasih dan Penyayang,
Kita sekadar dapat merencana,
Hanyalah Dia yang menentukannya,
Titis air mata jangan dipersia,
Curahkan hanya kepada Yang Esa,
Semoga hidup kan lebih sempurna,
Sinar bahagia pasti menjelma.
Suburkanlah iman dihati,
Selalu menginsafi diri sendiri,
Tiap ujian pembuka jalan,
Untuk kembali kepada Tuhan.

semoga dapat kita fahami dan sama-sama mengambil pengajaran untuk meniti kehidupan yang penuh berliku ini. Memang mengucapkannya cukup mudah, tapi, untuk mendidik sifat sabar memang sukar.

Comments

No response to “Mengapa dikenang cinta yang pergi..”
Post a Comment | Catat Ulasan (Atom)

Catat Ulasan

 
THe MEaNinG of LOvE. Citrus Pink Blogger Theme Design By LawnyDesignz Powered by Blogger