CiNtA sEJaTi....

Sabtu, 8 Mei 2010

Wujudkah cinta sejati dalam kehidupan insan? Kata orang, cinta sejati adalah kesanggupan pasangan berkorban untuk satu sama lain.. Kesanggupan berkorban ini termasuklah kesanggupan menerima buruk baik antara satu sama lain... Belajar menerima hakikat bahawa setiap manusia tiada yang sempurna dan tidak dapat lari dari kesilapan.. Mungkin sempurna pada pandangan orang, namun hakikat sebenar, tiada kesempurnaan. Terimalah pasangan anda seadanya. Jangan mencari kesempurnaan dalam diri pasangan kerana anda tidak akan menemukan kesempurnaan yang dicari. Sentiasa melihat pada kebaikan yang pernah dilakukan untuk anda dan jangan diingat keburukan yang ada pada dirinya dengan membandingkan dirinya dengan yang lebih baik. Setiap diri, ada kebaikan dan keburukan. Ingatlah, jika anda inginkan pasangan yang baik, terlebih dahulu, anda perlu memperbaiki diri anda. Kalaupun tidak dapat melakukan perubahan mendadak, sekurang2nya, ada perubahan pada diri anda. Ingatan ini, adalah untuk sama-sama diingati...tidak hanya pada orang lain,tapi juga untuk diri ini.. Memang sukar untuk merubah kebiasaan yang sudah sebati dengan diri, tapi, sekurang2nya, kita cuba untuk berubah walaupun sedikit perubahan itu... Untuk mencari cinta sejati sememangnya sukar terutamanya pada zaman sekarang. Zaman yang penuh dengan hipokrasi. Baik lelaki mahupun perempuan, amat sukar untuk dicari seseorang yang benar2 memahami dan dapat menerima diri kita seadanya. Bila dapat ditemukan seseorang yang dapat memahami dan menerima diri kita seadanya, kita juga harus menghargai dan cuba untuk menerima dirinya seadanya agar dapat dicari persefahaman antara satu sama lain.. Persoalannya, adakah cinta sejati itu benar2 wujud? Tepuk dada, tanya akal...

Sekian, wassalam..
 
THe MEaNinG of LOvE. Citrus Pink Blogger Theme Design By LawnyDesignz Powered by Blogger