7 mac 2013

Rabu, 6 Mac 2013

minggu ini merupakan minggu ketujuh ana dalam minggu praktikum jqaf.. betapa cepatnya masa berlalu.. tanpa disedari lagi tiga, empat minggu ana akan menghabiskan tempoh praktikum ini.. sepanjang tempoh ini, sepatutnya, banyak yang ana belajar.. cara pengurusan masa, cara mengajar dengan betul.. cara mengambil hati pelajar.. sepatutnya begitulah.. tapi adakalanya ana tewas dengan keadaan.. masakan tidak bila pelajar ade yang susah nak dengar cakap.. pelbagai cara sudah ana cuba.. yang paling latest, semalam.. ana gosok kepala murid yang tidak mendengar cakap itu.. ana gosok sambil kata, buat kerja kamu.. ambil buku, ambil pensil, menulis.. sampai tahap rasa nak putus asa saja.. tapi memikirkan bahawa ini adalah tanggungjawab ana sebagai mua'llimah, ana masuk juga ke kelas itu.. ana tetap mengajar walaupun ana tahu mereka tidak memberi perhatian.. mereka tetap bising.. ana didepan, seolah-olah tiada.. rasa sedih sangat.. tapi dikuatkan hati agar tidak putus asa.. ini adalah tugas ana selaku pendidik.. inilah cabaran yang ana kena hadapi.. ini baru sedikit.. belum lagi yang akan datang..
setakat ini dulu..
 
THe MEaNinG of LOvE. Citrus Pink Blogger Theme Design By LawnyDesignz Powered by Blogger