7 mac 2013

Rabu, 6 Mac 2013

minggu ini merupakan minggu ketujuh ana dalam minggu praktikum jqaf.. betapa cepatnya masa berlalu.. tanpa disedari lagi tiga, empat minggu ana akan menghabiskan tempoh praktikum ini.. sepanjang tempoh ini, sepatutnya, banyak yang ana belajar.. cara pengurusan masa, cara mengajar dengan betul.. cara mengambil hati pelajar.. sepatutnya begitulah.. tapi adakalanya ana tewas dengan keadaan.. masakan tidak bila pelajar ade yang susah nak dengar cakap.. pelbagai cara sudah ana cuba.. yang paling latest, semalam.. ana gosok kepala murid yang tidak mendengar cakap itu.. ana gosok sambil kata, buat kerja kamu.. ambil buku, ambil pensil, menulis.. sampai tahap rasa nak putus asa saja.. tapi memikirkan bahawa ini adalah tanggungjawab ana sebagai mua'llimah, ana masuk juga ke kelas itu.. ana tetap mengajar walaupun ana tahu mereka tidak memberi perhatian.. mereka tetap bising.. ana didepan, seolah-olah tiada.. rasa sedih sangat.. tapi dikuatkan hati agar tidak putus asa.. ini adalah tugas ana selaku pendidik.. inilah cabaran yang ana kena hadapi.. ini baru sedikit.. belum lagi yang akan datang..
setakat ini dulu..

KehiDuPAn BaRuku

Rabu, 17 Oktober 2012

sudah 8 bulan aku berada di sabah ini.. sepanjang tempoh aku di sini, banyak yang aku belajar.. aku lebih mengenali pelbagai ragam manusia.. memang masa kerja aku sudah jumpa ragam manusia.. di sini lebih lagi.. tambahan pula di tempat asing ini.. kali pertama datang ke sini aku tak mersakan apa-apa.. jiwa aku seolah-olah kosong.. mungkin sebab sebelum aku datang ke sini aku memang tidak duduk di rumah, jadi aku tak tersa sangat aku berada jauh dari keluarga.. cuma bila fikir2 balik barulah aku tersa yang aku memang jauh dari keluarga..
pertama kali dapat masuk ke ipgkb, aku rsa teruja tambhn lagi ade org yg bgtau yg mna2 ckgu yg ambl kpli, klu dapat ipg di semenanjung, tidak akn di hantar luar dr semenanjung dan aku juga akn dpt di klantan..tp, wktu itu hatiku mengatakan bahwa aku akn dpt tmpt yg jauh..tp, tidaklah sejauh ini..sangkaku stakat johor shj..rpa2nya, smpi ke sbh.. hmm.. ade hikmah di seblik semua ini.. Allah tahu kemampuan hambaNya.. 
 

KEHIDUPAN BARUKU

Sabtu, 11 Ogos 2012

Dah  lama aku tak update blog ni.. sekarang, aku kat sabah..
sebelum ni, blog ni aku buat sebab assignment yang lecturer bg.. sbb tu mcm terikat je.. hmm..mmg x de topik..
habis praktikal bln mei thn lps, lbh kurang 3 mnggu aku x kerja.. aku menyewa di bangi.. smbl2 tu, wt bisnes nsi lmak ngn kakak angkat aku.. dlm meniaga tu, kwn aku kta, x blh jd..kna cri gk kerja.. kebetln ade kwn aku nk hadiri interview tm..
mlanya,mmg aku x nk..tp,sbb kwn aku cdngkn aku cba, jd aku cba.. x sngka dpt..aku mnjlni latihan slma lbh kurang 2 bln kt bahagian inbound..
maybe rezki aku bkn kt inbound,aku x lulus ujian akhir.. tp...aku trus g interview tuk tbung hji n produk..
agknya mmg rezki aku kt produk, aku lulus interview tu.. aku menjlni training produk department slama 1 mnggu.. lps tu, trus hit floor.. msa first time ckp ngn customer pnya gabra.. x tau nk gmbar mcm mna.. menggigil tgn n bdn aku.. sjuk kaki ngn tgn.. rsa mcm customer nmpak aku wlupn dlm fon je..
slama 2 bln aku kerja, langsung aku x perform well.. smpi team leader aku marah ngn aku.. aku btl2 stress..
lps tu, bln oktober, umi aku ckp, apply kpli jqaf.. msa tu, lg seminggu tarikh tutup.. adk aku tlg blikn no pin tuk aku n adk aku jga tlg isikn online tuk aku.. msa tu, aku tgh lunch, adk aku tnya aku lam fon je.. tpksa aku imagine yg aku tgh isi borng online dpan mta aku.. kelakar pn ade ble ingt blik.. hmm..

x de topik

Selasa, 22 Februari 2011

Dh lme x mnulis kt blog ni.. rse mcm x nk mnulis,tp, ble bka blog ni..trsa nk mulis plak..
skrg,tgh praktikal kt bangi.. kt travel agency.. nmenye, tareeq al-jannah..
sepanjang berada di sini, banyk bnda yg dipelajari.. diri ini blajar utk berubh, brusha untk brubh supaya mnjdi lbh baik dr sblm ini.. btl, skar utk merubh ape yg dh mnjd kebiasaan,..tp,klu perubhn utk kebaikan, perlu supaya diri ini lbh matang dan dpt berfkr secra dewasa..
jgn lg berada di takuk lma.. disini, rmai yg menyokong dan mmbri galakan pada diri ini..cma,trsrah pda dri ini utk berubh.. diri ini semmgnye bertuah krn dikelilingi org2 yg sentiasa mndorong diri ini..sentiasa menegur ape yg perlu di ubh.. Allah ade berfirman yg bermksd: Allah tdk akn merubh nsb sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubhnya sndiri.. mknanya, diri ini tdk akn berubh selagi diri ini tdk memulakn langkah utk perubhn itu.. think positive, be positive.. think big, think out the box,,.. remember that..
p/s: kne pk dlu pe topik nk ditulis, brulah dpt bg input lbh..bt mse ni, ni je la utk permulaan 2011.. cow..

CiNtA sEJaTi....

Sabtu, 8 Mei 2010

Wujudkah cinta sejati dalam kehidupan insan? Kata orang, cinta sejati adalah kesanggupan pasangan berkorban untuk satu sama lain.. Kesanggupan berkorban ini termasuklah kesanggupan menerima buruk baik antara satu sama lain... Belajar menerima hakikat bahawa setiap manusia tiada yang sempurna dan tidak dapat lari dari kesilapan.. Mungkin sempurna pada pandangan orang, namun hakikat sebenar, tiada kesempurnaan. Terimalah pasangan anda seadanya. Jangan mencari kesempurnaan dalam diri pasangan kerana anda tidak akan menemukan kesempurnaan yang dicari. Sentiasa melihat pada kebaikan yang pernah dilakukan untuk anda dan jangan diingat keburukan yang ada pada dirinya dengan membandingkan dirinya dengan yang lebih baik. Setiap diri, ada kebaikan dan keburukan. Ingatlah, jika anda inginkan pasangan yang baik, terlebih dahulu, anda perlu memperbaiki diri anda. Kalaupun tidak dapat melakukan perubahan mendadak, sekurang2nya, ada perubahan pada diri anda. Ingatan ini, adalah untuk sama-sama diingati...tidak hanya pada orang lain,tapi juga untuk diri ini.. Memang sukar untuk merubah kebiasaan yang sudah sebati dengan diri, tapi, sekurang2nya, kita cuba untuk berubah walaupun sedikit perubahan itu... Untuk mencari cinta sejati sememangnya sukar terutamanya pada zaman sekarang. Zaman yang penuh dengan hipokrasi. Baik lelaki mahupun perempuan, amat sukar untuk dicari seseorang yang benar2 memahami dan dapat menerima diri kita seadanya. Bila dapat ditemukan seseorang yang dapat memahami dan menerima diri kita seadanya, kita juga harus menghargai dan cuba untuk menerima dirinya seadanya agar dapat dicari persefahaman antara satu sama lain.. Persoalannya, adakah cinta sejati itu benar2 wujud? Tepuk dada, tanya akal...

Sekian, wassalam..

TeRlUkA kErAnA cInTa.

Khamis, 8 April 2010

Ramai diantara kita yang mengalami dan merasai sakitnya bila dilukai cinta. Pedih hati hanya dirasai oleh diri sendiri. Tiada tempat mengadu menambahkan lagi keperitan ini. Bagaimana agaknya nak mengatasi masalah ini? Bagi saya, antara benda yang boleh kita cuba buat untuk mengatasinya adalah dengan meluah kepada seseorang. Ataupun, jika kita tak dapat menemui orang yang boleh dipercayai untuk bercerita, sekurang-kurangnya, adakan satu catitan diari untuk diri kita. Ini penting supaya diri kita tidak terlalu tertekan dan memikirkan cinta yang dikecewakan. Sesuatu perkara yang berkaitan dengan perasaan selalunya membebankan dan menyakitkan bila terlalu dipendam. Bila diluahkan, walaupun mungkin tidak dapat dicari jalan penyelesaian, sekurang-kurangnya, kita dapat mengurangkan tekanan dengan mencari seseorang yang dapat meminjamkan telinganya untuk mendengar luahan kita.

Kasih seorang ayah.

Rabu, 31 Mac 2010


Ayah... Jarang kita mengucapkan kata-kata sayang terhadapnya. Jarang juga kita dapat berbicara dengan mesra kerana biasanya kebanyakan dari kita lebih rapat dengan ibu. Ayah juga jarang menunjukan rasa sayangnya terhadap anak-anak melalui kata-kata. Namun, perasaan sayang itu hanya ditunjukkan melalui tindakan serta kesanggupan ayah berkorban untuk mencari nafkah buat anak-anaknya. Lirik lagu nyanyian kumpulan Aeman bertajuk "Ayah" cukup memberikan makna dalam kehidupan anak. Sama-samalah kita hayati lirik ini.

Ketika kejauhan,
Masihku hangat kasihmu ayah,
Betapaku rindukan redup wajahmu,
Hadir menemaniku.
Terbayang ketenangan,
Yang selalu kau pamerkan,
Bagaikan tiada keresahan.
Walau hatimu sering terluka,
Tika diriku terlanjur kata,
Tak pernah sekali kau tinggalkan,
Diriku sendirian.
Ketika diriku dalam kedukaan,
Kau mendakap penuh pengertian,
Di saat diriku kehampaan,
Kau setia mengajarku,
Erti kekuatan.
Terpancar kebanggaan,
Dalam senyummu,
Melihatku berjaya,
Bilaku kegagalan,
Tak kau biarkan,
Aku terus kecewa,
Dengan kata azimat,
Engkau nyalakan semangat,
Restu dan doa kau iringkan.
Tak dapatku bayangkan,
Hidupku ayah,
Tanpa engkau di sisi,
Semua kasih sayang,
Yang kau curahkan,
Tersemat dihati....

Begitulah nilai kasih seorang ayah. Biasanya, seorang ayah sukar menunjukkan rasa sayang dan perasaannya kepada anak-anak, namun, hakikatnya, dia menyayangi kesemua anaknya. Cuma, kita sebagai anak jarang sekali mahu menyelami hati seorang insan bernama ayah. Justeru, hargailah kedua ibu bapa kita sementara mereka masih ada. Jangan dikesali bila mereka tiada. Sama-samalah tanamkan tekad untuk berjaya bagi menggembirakan hati kedua orang tua kita yang selama ini bersusah-payah membesarkan kita.

Sekian, wassalam....
 
THe MEaNinG of LOvE. Citrus Pink Blogger Theme Design By LawnyDesignz Powered by Blogger