Kasih seorang ayah.

Rabu, 31 Mac 2010


Ayah... Jarang kita mengucapkan kata-kata sayang terhadapnya. Jarang juga kita dapat berbicara dengan mesra kerana biasanya kebanyakan dari kita lebih rapat dengan ibu. Ayah juga jarang menunjukan rasa sayangnya terhadap anak-anak melalui kata-kata. Namun, perasaan sayang itu hanya ditunjukkan melalui tindakan serta kesanggupan ayah berkorban untuk mencari nafkah buat anak-anaknya. Lirik lagu nyanyian kumpulan Aeman bertajuk "Ayah" cukup memberikan makna dalam kehidupan anak. Sama-samalah kita hayati lirik ini.

Ketika kejauhan,
Masihku hangat kasihmu ayah,
Betapaku rindukan redup wajahmu,
Hadir menemaniku.
Terbayang ketenangan,
Yang selalu kau pamerkan,
Bagaikan tiada keresahan.
Walau hatimu sering terluka,
Tika diriku terlanjur kata,
Tak pernah sekali kau tinggalkan,
Diriku sendirian.
Ketika diriku dalam kedukaan,
Kau mendakap penuh pengertian,
Di saat diriku kehampaan,
Kau setia mengajarku,
Erti kekuatan.
Terpancar kebanggaan,
Dalam senyummu,
Melihatku berjaya,
Bilaku kegagalan,
Tak kau biarkan,
Aku terus kecewa,
Dengan kata azimat,
Engkau nyalakan semangat,
Restu dan doa kau iringkan.
Tak dapatku bayangkan,
Hidupku ayah,
Tanpa engkau di sisi,
Semua kasih sayang,
Yang kau curahkan,
Tersemat dihati....

Begitulah nilai kasih seorang ayah. Biasanya, seorang ayah sukar menunjukkan rasa sayang dan perasaannya kepada anak-anak, namun, hakikatnya, dia menyayangi kesemua anaknya. Cuma, kita sebagai anak jarang sekali mahu menyelami hati seorang insan bernama ayah. Justeru, hargailah kedua ibu bapa kita sementara mereka masih ada. Jangan dikesali bila mereka tiada. Sama-samalah tanamkan tekad untuk berjaya bagi menggembirakan hati kedua orang tua kita yang selama ini bersusah-payah membesarkan kita.

Sekian, wassalam....

Jaga batasan semasa bercinta.

Selasa, 30 Mac 2010

Semasa bercinta, sememangnya segalanya indah. Sehinggakan ada yang hanyut dilanda badai asmara. Tak kurang juga ada yang berjanji sehidup semati dan sanggup menempuh apa juga cabaran yang mendatang. Dalam keasyikan melayari alam percintaan, ada yang terlupa batasan yang telah ditetapkan oleh agama. Walaupun dalam tempoh pertunangan, tetap ada batasan yang mesti dipatuhi sebelum melangkah ke alam rumah tangga. Untuk ingatan bersama, suka saya bawakan lirik nasyid dari kumpulan In-Team bertajuk "Kasih Kekasih" ini.

Tak perlu aku ragui,
Sucinya cinta yang kau beri,
Kita saling kasih mengasihi,
Dengan setulus hati.
Ayah ibu merestui,
Menyarung cincin di jari,
Dengan rahmat dari Illahi,
Cinta kita pun bersemi.
Sebelum diijabkabulkan,
Syariat tetap membataskan,
Pelajari ilmu rumah tangga,
Agar kita lebih bersedia,
Menuju hari yang bahagia.
Kau tahu ku merinduimu,
Ku tahu kau mencintaiku...oh.... kasih,
Bersabarlah sayang,
Saat indah kan menjelma jua,
Kita akan di satukan,
Dengan ikatan pernikahan.....oh.....kasih,
Di sana kita bina,
Tugu cinta mahligai bahgia,
Semoga cinta kita,
Didalam Redha Illahi,
Berdoalah selalu,
Moga jodoh berpanjangan.

Begitulah lirik lagu ini mengingatkan kita supaya mencukupkan ilmu didada sebelum berumah tangga agar diberkati. Bercintalah dalam batasan yang ditetapkan. Pelihara maruah diri agar tidak mudah dicemari. Jangan membina cinta atas dasar nafsu semata, tapi binalah cinta berpandukan syariat Islam.

Pengabdian seorang hamba terhadap Pencipta.



Banyak kisah seorang hamba yang beribadat kepada Tuhannya yang sentiasa kita dengari. Antaranya, kisah srikandi Islam seperti Rabiatul Adawiyah dan Sumayyah. Dapat kita hayati dan selami betapa besarnya cinta mereka kepada Allah. Seperti kisah Sumayyah yang mana seluruh keluarganya diseksa kerana memilih keimanan kepada Allah. Tak lupa juga kisah Rabiatul Adawiyah. Dari sini, kita dapat lihat betapa besarnya penghayatan dalam melakukan ibadah. Bersama kita hayati lirik nasyid nyanyian In-Team bertajuk "Rabiatul Adawiyah" ini.


Engkau bermula dengan sengsara,
Dalam mencari bahagia,
Terasa bagai bayang-bayang,
Gelap walau disuluh cahaya.
Pepasir pantai pun berubah,
Pabila hakikat melanda,
Ketenangan yang kau cari,
Terpancar dilorong sufi.
Kau hiasi rumah kasih abadi,
Serik menghiasi singgah sanamu,
Kau berjaya merubah segala,
Kasih semalam menjadi esok.
Kelunakan tangisan kasihmu,
Dalam simpuhan ketaatan,
Bagi mengharapkan keredhaan,
DariMU, Tuhan, pencipta alam.
Rabiatul Adawiyah,
Serikandi yang tercipta,
Sungguh agung pengabdianmu,
Kau berjaya menjadi iktibar.
Asmaramu dihampar suci,
Pintalan dari awanan putih,
Membuahkan titisan rahmat,
Menyuburkan mawar yang layu.
Namamu menjadi sanjungan,
Ikutan ummah sepanjang zaman,
Ayuh bersama kita susuri,
Perjalanan kekasih Allah.

Begitulah indahnya pengabdian seorang hamba terhadap pencipta. Ibadah yang dilakukan semata-mata kerana rasa cinta dan sayang kepada Allah. Bersama-samalah kit hayati dan cuba untuk mengejar cinta ini. Sememangnya kita tidak mampu mencapai ke tahap seperti Rabiatul Adawiyah lantaran kekhilafan dan kelemahan diri. Namun tidak bererti kita har us berhenti berusaha menjadi hamba yang mengejar dan mencari redha Penciptanya.




Mengapa dikenang cinta yang pergi..

Khamis, 25 Mac 2010

Semasa dilamun cinta, semuanya dirasakan indah. Tidak nampak sebarang kekurangan dalam diri pasangan. Namun, bila sudah ditinggalkan atau lama mengenali, yang manis pahit dirasakan.. yang indah, hilang serinuya. Adakalanya bila ditinggalkan kekasih, akan terasa kosong, dan kecewa kerana hal ini. Ada juga yang tertanya-tanya pada diri, apa kekurangan diri, dimna silapnya hingga pasangan berubah hati dan mencari yang lain. Tak kurang juga kita pernah terbaca didalam akhbar kisah ada yang sanggup bertindak mencederakan diri sendiri semata-mata kerana ditinggalkan kekasih. Untuk yang pernah ditinggalkan kekasih, saya bawakan lirik lagu nasyid bertajuk "Dugaan Kasih" ini. Semoga dapat dijadikan panduan kita bersama.

Wahai teman usah kenangkan,
Kisah cintamu yang amat memilukan,
Ditinggalkan kekasih hati,
Impian hidup tiada erti lagi.
Diri kecewa hampa dan duka,
Derita seakan tiada hujungnya,
Arah hidupmu tidak menentu,
Tiada insan dapat membantu.
Bukankah ini suatu dugaan,
Dari Tuhan yang Pengasih dan Penyayang,
Kita sekadar dapat merencana,
Hanyalah Dia yang menentukannya,
Titis air mata jangan dipersia,
Curahkan hanya kepada Yang Esa,
Semoga hidup kan lebih sempurna,
Sinar bahagia pasti menjelma.
Suburkanlah iman dihati,
Selalu menginsafi diri sendiri,
Tiap ujian pembuka jalan,
Untuk kembali kepada Tuhan.

semoga dapat kita fahami dan sama-sama mengambil pengajaran untuk meniti kehidupan yang penuh berliku ini. Memang mengucapkannya cukup mudah, tapi, untuk mendidik sifat sabar memang sukar.

Besarnya pengorbanan ibu.

Rabu, 24 Mac 2010

Ibu... Insan yang paling hampir dengan kita. Insan yang paling mengerti.. Walaupun tidak diceritakan, namun, dia tahu kala kita berduka. Tanpa jemu dia memberi nasihat dalam kita meniti kehidupan. Memberi kata-kata semangat bila kita rasakan tidak berdaya untuk meneruskan perjuangan dalam pelajaran atau pekerjaan. Tapi, banyak kisah yang kita dengar, anak-anak mengabaikan ibu mereka. Mereka sanggup menghantar ibu yang tua tinggal dirumah kebajikan. Seolah-olah tiada harga pengorbanan serta jerih payah ibu mengasuh dan mendidik mereka kala kecil hingga dewasa. Sememangnya, ibu tidak mengharapkan pembalasan terhadap pengorbanan yang dilakukan. Tetapi, sebagai anak, sekurang-kurangnya, tunjukkanlah penghargaan terhadap ibu. Cuba kita tanya diri kita, berapa kalikah kita mengucapkan terima kasih kepada ibu bila dia tetap menyediakan makanan untuk kita walaupun kepenatan bekerja? Berapa ramaikah antara kita yang ingat tarikh lahir ibunya dan menelefon kerumah semata-mata ingin mengucapkan selamat hari lahir ibu? Untuk tatapan bersama, saya bawakan lirik nasyid nyanyian kumpulan Aeman bertajuk "Buatmu Ibu". Sama-sama kita selami maksudnya.

Ibu... bergenang air mataku,
Terbayang wajahmu yang redup sayu,
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan,
Bagaikan laut yang tak bertepian.
Biarpun kepahitan telah engkau rasakan,
Tidak pun kau merasa jemu,
Mengasuh, mendidik kami semua anakmu,
Dari kecil hingga dewasa.
Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban,
Tak dapatku balasi,
Akan semua ini,
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu.
Ibu... kau ampunilah dosaku,
Andainya pernah menghiris hatimu,
Restumu yang amat aku harapkan,
Kerana disitu letak syurgaku.
Tabahnya melayani kenakalan anakmu,
Mengajarku erti kesabaran,
Kau bagai pelita dikala aku kegelapan,
Menyuluh jalan kehidupan.
Kasih sayangmu sungguh bernilai,
Itulah harta yang kau berikan.
Ibu... kau ampunilah dosaku,
Andainya pernah menghiris hatimu,
Restumu yang amat aku harapkan,
Kerana disitu letak syurgaku.
Tabahnya melayani kenakalan anakmu,
Mengajarku erti kesabaran,
Kau bagai pelita dikala aku kegelapan,
Menyuluh jalan kehidupan.
Kasihanilah Tuhan...
Ibu yang telah melahirkan diriku,
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku,
Moga bahagia ibu didunia dan diakhirat sana,
Moga bahagia ibu didunia dan diakhirat sana.

Begitu bernilai pengorbanan serta cinta seorang ibu terhadap anaknya. Tak pernah merungut dan mengenal erti jemu. Ibu sentiasa ada untuk anaknya. Betapa besar kasih ibu, hingga Rasullullah sendiri menyebut perkataan ibu tiga kali untuk ditaati selepas Allah barulah disebut perkataan bapa. Terdapat juga satu kisah, seorang sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah andai dia mendukung ibunya tawaf tujuh kali mengelilingi kaabah, dapatkah dia membalas jasa ibunya? Rasulullah menjawab, tidak. Sebab itulah syurga itu terletak dibawah telapak kaki ibu. Kerana besar pengorbanan ibu mengandung, melahirkan serta membesarkan anak-anaknya.

Mencari cinta Illahi.

Selasa, 23 Mac 2010

Cinta Illahi.... Satu ungkapan yang seringkali didengari dan mudah untuk diucapkan. Tapi benar-benarkah dicari? Jika sekadar mengucapkannya memang mudah, tapi, sejauh manakah kita berusaha kearah cinta ini? Benarkah kita menghayati dengan sebenar-benarnya dan sedalam-dalamnya? Bila persoalan ini timbul, sudah tentu kita akan dapati terlalu sedikit amalan yang dilakukan untuk mencari kecintaan dan kerinduan ini. Kita mengaku kita cinta dan sayang pada Allah. Tapi, cuba hitung kembali, berapa banyakkah kesyukuran dipanjatkan kepadaNya? Untuk renungan bersama, saya bawakan lirik lagu "Layar Keinsafan" nyanyian kumpulan Mestika untuk sama-sama menginsafi diri.

Sepi benar senja ini,
Bayunya semilir menganak ombak kecil,
Jalur ufuk pula mengemas terang,
Kapal dan layar terkapar.
Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan,
Gusar malam menghampiri,
Ku tewas dilautan.
Tuhan, layarkanku kearah cintaMu,
Tuntuni daku menggapai redhaMu,
Rimbunan kasihMu ku berteduh,
KepadaMu ya Tuhan,
Berikan secebis keinsafan,
Bekalan sepanjang perjalanan,
Mencari ketenangan.
Biar Kau menjadi saksi,
Tulus tangisku kala dinihari,
Kesempatan yang hanya sebentar,
Moga keikhlasanku terlakar,
Berikanlah ku hidayah,
Agar dikuatkan iman yang lemah,
Moga diberkati hidup ini,
Menuju bahagia yang kekal abadi.
PadaMu Tuhan,
Kan ku serahkan cinta kepadaMu.
Tuhan, layarkanku kearah cintaMu,
Tuntuniku menggapai redhaMu,
Rimbunan kasihMu ku berteduh,
KepadaMu ya Tuhan.
Berikan secebis keinsafan,
Bekalan sepanjang perjalanan,
Mencari ketenangan.
Biar Kau menjadi saksi,
Tulus tangisku kala dinihari,
Kesempatan yang hanya sebentar,
Moga keikhlasanku terlakar,
Berikanlah ku hidayah,
Agar dikuatkan iman yang lemah,
Moga diberkati hidup ini,
Menuju bahagia yang kekal abadi.
Harapanku moga dikurniakan,
Manisnya iman berpanjangan,
Moga lautan hilang gelora.
Begitulah,.. Seharusnya kita cari ketenangan ini dan teruskan berdoa kepada Allah agar ditetapkan iman didalam hati. Kita tidak tahu sama ada kita tergolong dalam kalangan orang yang bertuah dan dapat merasa nikmat manisnya iman, namun, tidak bererti kita harus berhenti mencarinya. Teruskan mencari dan juga teruskan berdoa padaNya. Mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan hamba yang sentiasa dekat dengan Penciptanya dan sentiasa berusaha mencari keredhaanNya.
Kata-kata renungan: Tuhanku, aku tidak layak ke syurgaMu. Namun tidak pula aku sanggup ke nerakaMu. Oleh itu, ampunkan dosaku dan terimalah taubatku. Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar. Dosa-dosaku bagaikan pepasir dipantai. Dengan rahmatMu, ampunkan daku oh Tuhanku....

Muhasabah diri dan amalan.

Ahad, 21 Mac 2010


Dalam menempuh dugaan dan cabaran dalam kehidupan ini, kita seringkali lupa bahawa setiap apa yang berlaku kepada kita merupakan dugaan dari Allah untuk melihat sejauh mana kita bersabar dan mengingatiNya. Juga, disebalik dugaan yang diberi, terselit rahmat yang bukan sedikit dari Allah. Tetapi, sebagai hambaNya, pernahkah kita merenung dan bertanya pada diri, berapa banyakkah ucapan syukur dilafazkan atas rahmatNya yang luas ini?. Bukan niat untuk berceramah, tetapi sekadar untuk ingatan bersama. Hayati dan fahami maksud lirik nasyid bertajuk "Epilog silam" ini. Semoga dapat dijadikan sebagai renungan dan ingatan bersama.

Dalam mengenang kisah hidup silam,
Ku sedar dari kesilapan lalu,
Tuhan, beratnya dosa-dosaku,
Masihkah ada ampunan buatku.
Tuhan..... dalam menempuh hidup ini,
Banyaknya dugaan datang menguji,
Tuhan....ada yang dapatku gagahi,
Dan ada yang gagalku hindari.
Tuhan.....dosaku menggunung tinggi,
Tapi taubatku takku tepati,
Tuhan....rahmatMu melangit luas,
Terlalu sedikitku bersyukur.
Kiniku kembali padaMu,
Mengharap maghfirah dariMu,
Moga kan terampunlah dosa-dosaku,
Biarpun ujian melanda,
Ku tetap berkasih padaMu,
Kernaku yakin kasihMu,
Kekal tiada sudahnya.........

Sama-samalah kita renungi dan hayati. Tanya pada diri, adakah benar kita mencintaiNya, atau sekadar omongan kosong yang diucap tanpa ada penghayatan. Cinta pada Allah, akan melahirkan ketenangan didalam hati yang benar-benar beriman. Sama-samalah mencari cinta yang hakiki ini.

Kata-kata renungan: Ketenangan itu milik hati-hati yang beriman agar bercambah benih hikmah dalam perlakuan.....orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa dan orang yang ditimpa kesusahan akan selalu ingat Allah S.W.T..... Bertuahlah apabila iman diuji kerana jika sabar dan tabah menghadapinya pasti ada kemenangan yang menanti... Renung-renungkanlah..

 
THe MEaNinG of LOvE. Citrus Pink Blogger Theme Design By LawnyDesignz Powered by Blogger