Besarnya pengorbanan ibu.

Rabu, 24 Mac 2010

Ibu... Insan yang paling hampir dengan kita. Insan yang paling mengerti.. Walaupun tidak diceritakan, namun, dia tahu kala kita berduka. Tanpa jemu dia memberi nasihat dalam kita meniti kehidupan. Memberi kata-kata semangat bila kita rasakan tidak berdaya untuk meneruskan perjuangan dalam pelajaran atau pekerjaan. Tapi, banyak kisah yang kita dengar, anak-anak mengabaikan ibu mereka. Mereka sanggup menghantar ibu yang tua tinggal dirumah kebajikan. Seolah-olah tiada harga pengorbanan serta jerih payah ibu mengasuh dan mendidik mereka kala kecil hingga dewasa. Sememangnya, ibu tidak mengharapkan pembalasan terhadap pengorbanan yang dilakukan. Tetapi, sebagai anak, sekurang-kurangnya, tunjukkanlah penghargaan terhadap ibu. Cuba kita tanya diri kita, berapa kalikah kita mengucapkan terima kasih kepada ibu bila dia tetap menyediakan makanan untuk kita walaupun kepenatan bekerja? Berapa ramaikah antara kita yang ingat tarikh lahir ibunya dan menelefon kerumah semata-mata ingin mengucapkan selamat hari lahir ibu? Untuk tatapan bersama, saya bawakan lirik nasyid nyanyian kumpulan Aeman bertajuk "Buatmu Ibu". Sama-sama kita selami maksudnya.

Ibu... bergenang air mataku,
Terbayang wajahmu yang redup sayu,
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan,
Bagaikan laut yang tak bertepian.
Biarpun kepahitan telah engkau rasakan,
Tidak pun kau merasa jemu,
Mengasuh, mendidik kami semua anakmu,
Dari kecil hingga dewasa.
Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban,
Tak dapatku balasi,
Akan semua ini,
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu.
Ibu... kau ampunilah dosaku,
Andainya pernah menghiris hatimu,
Restumu yang amat aku harapkan,
Kerana disitu letak syurgaku.
Tabahnya melayani kenakalan anakmu,
Mengajarku erti kesabaran,
Kau bagai pelita dikala aku kegelapan,
Menyuluh jalan kehidupan.
Kasih sayangmu sungguh bernilai,
Itulah harta yang kau berikan.
Ibu... kau ampunilah dosaku,
Andainya pernah menghiris hatimu,
Restumu yang amat aku harapkan,
Kerana disitu letak syurgaku.
Tabahnya melayani kenakalan anakmu,
Mengajarku erti kesabaran,
Kau bagai pelita dikala aku kegelapan,
Menyuluh jalan kehidupan.
Kasihanilah Tuhan...
Ibu yang telah melahirkan diriku,
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku,
Moga bahagia ibu didunia dan diakhirat sana,
Moga bahagia ibu didunia dan diakhirat sana.

Begitu bernilai pengorbanan serta cinta seorang ibu terhadap anaknya. Tak pernah merungut dan mengenal erti jemu. Ibu sentiasa ada untuk anaknya. Betapa besar kasih ibu, hingga Rasullullah sendiri menyebut perkataan ibu tiga kali untuk ditaati selepas Allah barulah disebut perkataan bapa. Terdapat juga satu kisah, seorang sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah andai dia mendukung ibunya tawaf tujuh kali mengelilingi kaabah, dapatkah dia membalas jasa ibunya? Rasulullah menjawab, tidak. Sebab itulah syurga itu terletak dibawah telapak kaki ibu. Kerana besar pengorbanan ibu mengandung, melahirkan serta membesarkan anak-anaknya.

Comments

No response to “Besarnya pengorbanan ibu.”
Post a Comment | Catat Ulasan (Atom)

Catat Ulasan

 
THe MEaNinG of LOvE. Citrus Pink Blogger Theme Design By LawnyDesignz Powered by Blogger