CiNtA sEJaTi....

Sabtu, 8 Mei 2010

Wujudkah cinta sejati dalam kehidupan insan? Kata orang, cinta sejati adalah kesanggupan pasangan berkorban untuk satu sama lain.. Kesanggupan berkorban ini termasuklah kesanggupan menerima buruk baik antara satu sama lain... Belajar menerima hakikat bahawa setiap manusia tiada yang sempurna dan tidak dapat lari dari kesilapan.. Mungkin sempurna pada pandangan orang, namun hakikat sebenar, tiada kesempurnaan. Terimalah pasangan anda seadanya. Jangan mencari kesempurnaan dalam diri pasangan kerana anda tidak akan menemukan kesempurnaan yang dicari. Sentiasa melihat pada kebaikan yang pernah dilakukan untuk anda dan jangan diingat keburukan yang ada pada dirinya dengan membandingkan dirinya dengan yang lebih baik. Setiap diri, ada kebaikan dan keburukan. Ingatlah, jika anda inginkan pasangan yang baik, terlebih dahulu, anda perlu memperbaiki diri anda. Kalaupun tidak dapat melakukan perubahan mendadak, sekurang2nya, ada perubahan pada diri anda. Ingatan ini, adalah untuk sama-sama diingati...tidak hanya pada orang lain,tapi juga untuk diri ini.. Memang sukar untuk merubah kebiasaan yang sudah sebati dengan diri, tapi, sekurang2nya, kita cuba untuk berubah walaupun sedikit perubahan itu... Untuk mencari cinta sejati sememangnya sukar terutamanya pada zaman sekarang. Zaman yang penuh dengan hipokrasi. Baik lelaki mahupun perempuan, amat sukar untuk dicari seseorang yang benar2 memahami dan dapat menerima diri kita seadanya. Bila dapat ditemukan seseorang yang dapat memahami dan menerima diri kita seadanya, kita juga harus menghargai dan cuba untuk menerima dirinya seadanya agar dapat dicari persefahaman antara satu sama lain.. Persoalannya, adakah cinta sejati itu benar2 wujud? Tepuk dada, tanya akal...

Sekian, wassalam..

TeRlUkA kErAnA cInTa.

Khamis, 8 April 2010

Ramai diantara kita yang mengalami dan merasai sakitnya bila dilukai cinta. Pedih hati hanya dirasai oleh diri sendiri. Tiada tempat mengadu menambahkan lagi keperitan ini. Bagaimana agaknya nak mengatasi masalah ini? Bagi saya, antara benda yang boleh kita cuba buat untuk mengatasinya adalah dengan meluah kepada seseorang. Ataupun, jika kita tak dapat menemui orang yang boleh dipercayai untuk bercerita, sekurang-kurangnya, adakan satu catitan diari untuk diri kita. Ini penting supaya diri kita tidak terlalu tertekan dan memikirkan cinta yang dikecewakan. Sesuatu perkara yang berkaitan dengan perasaan selalunya membebankan dan menyakitkan bila terlalu dipendam. Bila diluahkan, walaupun mungkin tidak dapat dicari jalan penyelesaian, sekurang-kurangnya, kita dapat mengurangkan tekanan dengan mencari seseorang yang dapat meminjamkan telinganya untuk mendengar luahan kita.

Kasih seorang ayah.

Rabu, 31 Mac 2010


Ayah... Jarang kita mengucapkan kata-kata sayang terhadapnya. Jarang juga kita dapat berbicara dengan mesra kerana biasanya kebanyakan dari kita lebih rapat dengan ibu. Ayah juga jarang menunjukan rasa sayangnya terhadap anak-anak melalui kata-kata. Namun, perasaan sayang itu hanya ditunjukkan melalui tindakan serta kesanggupan ayah berkorban untuk mencari nafkah buat anak-anaknya. Lirik lagu nyanyian kumpulan Aeman bertajuk "Ayah" cukup memberikan makna dalam kehidupan anak. Sama-samalah kita hayati lirik ini.

Ketika kejauhan,
Masihku hangat kasihmu ayah,
Betapaku rindukan redup wajahmu,
Hadir menemaniku.
Terbayang ketenangan,
Yang selalu kau pamerkan,
Bagaikan tiada keresahan.
Walau hatimu sering terluka,
Tika diriku terlanjur kata,
Tak pernah sekali kau tinggalkan,
Diriku sendirian.
Ketika diriku dalam kedukaan,
Kau mendakap penuh pengertian,
Di saat diriku kehampaan,
Kau setia mengajarku,
Erti kekuatan.
Terpancar kebanggaan,
Dalam senyummu,
Melihatku berjaya,
Bilaku kegagalan,
Tak kau biarkan,
Aku terus kecewa,
Dengan kata azimat,
Engkau nyalakan semangat,
Restu dan doa kau iringkan.
Tak dapatku bayangkan,
Hidupku ayah,
Tanpa engkau di sisi,
Semua kasih sayang,
Yang kau curahkan,
Tersemat dihati....

Begitulah nilai kasih seorang ayah. Biasanya, seorang ayah sukar menunjukkan rasa sayang dan perasaannya kepada anak-anak, namun, hakikatnya, dia menyayangi kesemua anaknya. Cuma, kita sebagai anak jarang sekali mahu menyelami hati seorang insan bernama ayah. Justeru, hargailah kedua ibu bapa kita sementara mereka masih ada. Jangan dikesali bila mereka tiada. Sama-samalah tanamkan tekad untuk berjaya bagi menggembirakan hati kedua orang tua kita yang selama ini bersusah-payah membesarkan kita.

Sekian, wassalam....

Jaga batasan semasa bercinta.

Selasa, 30 Mac 2010

Semasa bercinta, sememangnya segalanya indah. Sehinggakan ada yang hanyut dilanda badai asmara. Tak kurang juga ada yang berjanji sehidup semati dan sanggup menempuh apa juga cabaran yang mendatang. Dalam keasyikan melayari alam percintaan, ada yang terlupa batasan yang telah ditetapkan oleh agama. Walaupun dalam tempoh pertunangan, tetap ada batasan yang mesti dipatuhi sebelum melangkah ke alam rumah tangga. Untuk ingatan bersama, suka saya bawakan lirik nasyid dari kumpulan In-Team bertajuk "Kasih Kekasih" ini.

Tak perlu aku ragui,
Sucinya cinta yang kau beri,
Kita saling kasih mengasihi,
Dengan setulus hati.
Ayah ibu merestui,
Menyarung cincin di jari,
Dengan rahmat dari Illahi,
Cinta kita pun bersemi.
Sebelum diijabkabulkan,
Syariat tetap membataskan,
Pelajari ilmu rumah tangga,
Agar kita lebih bersedia,
Menuju hari yang bahagia.
Kau tahu ku merinduimu,
Ku tahu kau mencintaiku...oh.... kasih,
Bersabarlah sayang,
Saat indah kan menjelma jua,
Kita akan di satukan,
Dengan ikatan pernikahan.....oh.....kasih,
Di sana kita bina,
Tugu cinta mahligai bahgia,
Semoga cinta kita,
Didalam Redha Illahi,
Berdoalah selalu,
Moga jodoh berpanjangan.

Begitulah lirik lagu ini mengingatkan kita supaya mencukupkan ilmu didada sebelum berumah tangga agar diberkati. Bercintalah dalam batasan yang ditetapkan. Pelihara maruah diri agar tidak mudah dicemari. Jangan membina cinta atas dasar nafsu semata, tapi binalah cinta berpandukan syariat Islam.

Pengabdian seorang hamba terhadap Pencipta.



Banyak kisah seorang hamba yang beribadat kepada Tuhannya yang sentiasa kita dengari. Antaranya, kisah srikandi Islam seperti Rabiatul Adawiyah dan Sumayyah. Dapat kita hayati dan selami betapa besarnya cinta mereka kepada Allah. Seperti kisah Sumayyah yang mana seluruh keluarganya diseksa kerana memilih keimanan kepada Allah. Tak lupa juga kisah Rabiatul Adawiyah. Dari sini, kita dapat lihat betapa besarnya penghayatan dalam melakukan ibadah. Bersama kita hayati lirik nasyid nyanyian In-Team bertajuk "Rabiatul Adawiyah" ini.


Engkau bermula dengan sengsara,
Dalam mencari bahagia,
Terasa bagai bayang-bayang,
Gelap walau disuluh cahaya.
Pepasir pantai pun berubah,
Pabila hakikat melanda,
Ketenangan yang kau cari,
Terpancar dilorong sufi.
Kau hiasi rumah kasih abadi,
Serik menghiasi singgah sanamu,
Kau berjaya merubah segala,
Kasih semalam menjadi esok.
Kelunakan tangisan kasihmu,
Dalam simpuhan ketaatan,
Bagi mengharapkan keredhaan,
DariMU, Tuhan, pencipta alam.
Rabiatul Adawiyah,
Serikandi yang tercipta,
Sungguh agung pengabdianmu,
Kau berjaya menjadi iktibar.
Asmaramu dihampar suci,
Pintalan dari awanan putih,
Membuahkan titisan rahmat,
Menyuburkan mawar yang layu.
Namamu menjadi sanjungan,
Ikutan ummah sepanjang zaman,
Ayuh bersama kita susuri,
Perjalanan kekasih Allah.

Begitulah indahnya pengabdian seorang hamba terhadap pencipta. Ibadah yang dilakukan semata-mata kerana rasa cinta dan sayang kepada Allah. Bersama-samalah kit hayati dan cuba untuk mengejar cinta ini. Sememangnya kita tidak mampu mencapai ke tahap seperti Rabiatul Adawiyah lantaran kekhilafan dan kelemahan diri. Namun tidak bererti kita har us berhenti berusaha menjadi hamba yang mengejar dan mencari redha Penciptanya.




Mengapa dikenang cinta yang pergi..

Khamis, 25 Mac 2010

Semasa dilamun cinta, semuanya dirasakan indah. Tidak nampak sebarang kekurangan dalam diri pasangan. Namun, bila sudah ditinggalkan atau lama mengenali, yang manis pahit dirasakan.. yang indah, hilang serinuya. Adakalanya bila ditinggalkan kekasih, akan terasa kosong, dan kecewa kerana hal ini. Ada juga yang tertanya-tanya pada diri, apa kekurangan diri, dimna silapnya hingga pasangan berubah hati dan mencari yang lain. Tak kurang juga kita pernah terbaca didalam akhbar kisah ada yang sanggup bertindak mencederakan diri sendiri semata-mata kerana ditinggalkan kekasih. Untuk yang pernah ditinggalkan kekasih, saya bawakan lirik lagu nasyid bertajuk "Dugaan Kasih" ini. Semoga dapat dijadikan panduan kita bersama.

Wahai teman usah kenangkan,
Kisah cintamu yang amat memilukan,
Ditinggalkan kekasih hati,
Impian hidup tiada erti lagi.
Diri kecewa hampa dan duka,
Derita seakan tiada hujungnya,
Arah hidupmu tidak menentu,
Tiada insan dapat membantu.
Bukankah ini suatu dugaan,
Dari Tuhan yang Pengasih dan Penyayang,
Kita sekadar dapat merencana,
Hanyalah Dia yang menentukannya,
Titis air mata jangan dipersia,
Curahkan hanya kepada Yang Esa,
Semoga hidup kan lebih sempurna,
Sinar bahagia pasti menjelma.
Suburkanlah iman dihati,
Selalu menginsafi diri sendiri,
Tiap ujian pembuka jalan,
Untuk kembali kepada Tuhan.

semoga dapat kita fahami dan sama-sama mengambil pengajaran untuk meniti kehidupan yang penuh berliku ini. Memang mengucapkannya cukup mudah, tapi, untuk mendidik sifat sabar memang sukar.

Besarnya pengorbanan ibu.

Rabu, 24 Mac 2010

Ibu... Insan yang paling hampir dengan kita. Insan yang paling mengerti.. Walaupun tidak diceritakan, namun, dia tahu kala kita berduka. Tanpa jemu dia memberi nasihat dalam kita meniti kehidupan. Memberi kata-kata semangat bila kita rasakan tidak berdaya untuk meneruskan perjuangan dalam pelajaran atau pekerjaan. Tapi, banyak kisah yang kita dengar, anak-anak mengabaikan ibu mereka. Mereka sanggup menghantar ibu yang tua tinggal dirumah kebajikan. Seolah-olah tiada harga pengorbanan serta jerih payah ibu mengasuh dan mendidik mereka kala kecil hingga dewasa. Sememangnya, ibu tidak mengharapkan pembalasan terhadap pengorbanan yang dilakukan. Tetapi, sebagai anak, sekurang-kurangnya, tunjukkanlah penghargaan terhadap ibu. Cuba kita tanya diri kita, berapa kalikah kita mengucapkan terima kasih kepada ibu bila dia tetap menyediakan makanan untuk kita walaupun kepenatan bekerja? Berapa ramaikah antara kita yang ingat tarikh lahir ibunya dan menelefon kerumah semata-mata ingin mengucapkan selamat hari lahir ibu? Untuk tatapan bersama, saya bawakan lirik nasyid nyanyian kumpulan Aeman bertajuk "Buatmu Ibu". Sama-sama kita selami maksudnya.

Ibu... bergenang air mataku,
Terbayang wajahmu yang redup sayu,
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan,
Bagaikan laut yang tak bertepian.
Biarpun kepahitan telah engkau rasakan,
Tidak pun kau merasa jemu,
Mengasuh, mendidik kami semua anakmu,
Dari kecil hingga dewasa.
Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban,
Tak dapatku balasi,
Akan semua ini,
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu.
Ibu... kau ampunilah dosaku,
Andainya pernah menghiris hatimu,
Restumu yang amat aku harapkan,
Kerana disitu letak syurgaku.
Tabahnya melayani kenakalan anakmu,
Mengajarku erti kesabaran,
Kau bagai pelita dikala aku kegelapan,
Menyuluh jalan kehidupan.
Kasih sayangmu sungguh bernilai,
Itulah harta yang kau berikan.
Ibu... kau ampunilah dosaku,
Andainya pernah menghiris hatimu,
Restumu yang amat aku harapkan,
Kerana disitu letak syurgaku.
Tabahnya melayani kenakalan anakmu,
Mengajarku erti kesabaran,
Kau bagai pelita dikala aku kegelapan,
Menyuluh jalan kehidupan.
Kasihanilah Tuhan...
Ibu yang telah melahirkan diriku,
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku,
Moga bahagia ibu didunia dan diakhirat sana,
Moga bahagia ibu didunia dan diakhirat sana.

Begitu bernilai pengorbanan serta cinta seorang ibu terhadap anaknya. Tak pernah merungut dan mengenal erti jemu. Ibu sentiasa ada untuk anaknya. Betapa besar kasih ibu, hingga Rasullullah sendiri menyebut perkataan ibu tiga kali untuk ditaati selepas Allah barulah disebut perkataan bapa. Terdapat juga satu kisah, seorang sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah andai dia mendukung ibunya tawaf tujuh kali mengelilingi kaabah, dapatkah dia membalas jasa ibunya? Rasulullah menjawab, tidak. Sebab itulah syurga itu terletak dibawah telapak kaki ibu. Kerana besar pengorbanan ibu mengandung, melahirkan serta membesarkan anak-anaknya.
 
THe MEaNinG of LOvE. Citrus Pink Blogger Theme Design By LawnyDesignz Powered by Blogger