Erti sebenar rindu.

Ahad, 21 Mac 2010

Mendengar perkataan rindu, ramai yang mentafsirkan ia sebagai perasaan antara 2 jiwa. Ia merupakan satu fitrah didalam diri manusia dan bertambah bila melibatkan orang yang disayangi. Sebenarnya, rindu banyak cabangnya dan besar ertinya pada diri yang mahu menghayati. Untuk menjelaskan kata-kata ini, sama-samalah kita renungi lagu "Rindu" nyanyian kumpulan Hijjaz ini.

Rindu itu adalah
Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan
Orang-orang yang bertakwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya
Orang Mukmin merindukan
Anak-anak yang Soleh
Isteri-isteri yang Solehah
Keluarga bahagia
Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukannya
Keampunan Tuhannnya
Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu pada Tuhan.

Begitulah rindu yang sebenarnya. Erti rindu ini hanya dapat dihayati didalam hati dengan sepenuhnya jika kita mahu memahami dan mendalaminya. Rindu seorang hamba kepada Pencita adalah rindu yang sejati dan hakiki.

Madah cinta: Andaikata dunia hendak meraih cinta, ia tak akan mampu dan andaikata ia akan menolaknya, ia juga tak akan kuasa kerana cinta itu suatu anugerah bukan suatu hasil usaha. Cinta datangnya daripada Allah- Al-Hujwiri Kasyfil Mahjub.

Comments

No response to “Erti sebenar rindu.”
Post a Comment | Catat Ulasan (Atom)

Catat Ulasan

 
THe MEaNinG of LOvE. Citrus Pink Blogger Theme Design By LawnyDesignz Powered by Blogger