Renungan buat para gadis.

Ahad, 21 Mac 2010

Seringkali kita dengar banyak kes membabitkan remaja perempuan. Ada yang sanggup melakukan apa saja demi rasa cinta yang diagung-agungkan. Ada juga sampai sanggup menggadaikan maruah diri demi orang yang dicintai. Keadaan ini menyebabkan banyak terjadi kes2 buang bayi sejak akhir2 ini. Mereka mengambil jalan mudah bagi menutup aib dan keterlanjuran yang dilakukan. Buat para gadis sekalian, renungilah lirik lagu dari kumpulan hijjaz bertajuk "Aduhai Puteriku Sayang" ini. Semoga ia dapat dijadikan panduan dan renungan kita bersama.

Aduhai puteriku sayang,
Aduhai puteriku sayang,
Puteriku sayang,
Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli,
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti,
Lembut bukan hiasan, bukan jua kebanggaan,
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati.
Disebalik bersih wajahmu, disebalik tabir dirimu,
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri,
Itulah sekeping hati yang takut pada Illahi,
Berpegang pada janji mengabdikan diri.
Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana,
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama,
Tiada siapa yang akan mampu merampasnya,
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri.
Kecergasanmu umpama benteng negara dan agama,
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya,
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara,
Mahligai syurga itulah tempatnya.
Aduhai puteriku sayang,
Kau bunga kebanggaan,
Aduhai puteriku sayang,
Kau bunga idaman.

Sama-samalah kita hayati dan renungi maksud lirik lagu ini. Ia mengajak kita supaya menjaga kehormatan diri agar kita tidak hanyut dan leka pada cinta berlandaskan nafsu semata. Peliharalah diri untuk yang halal dan layak sahaja.

Madah cinta: Cinta bukan mengajar kita lemah, tapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghina diri, tetapi menghembus kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat. (Itulah cinta yang terjalin kerana cintakan Allah)- HAMKA.

Comments

No response to “Renungan buat para gadis.”
Post a Comment | Catat Ulasan (Atom)

Catat Ulasan

 
THe MEaNinG of LOvE. Citrus Pink Blogger Theme Design By LawnyDesignz Powered by Blogger