Makna kasih sayang.

Rabu, 3 Mac 2010

Bercerita tentang kasih sayang,pasti ramai yang menganggap ia adalah perkaitan antara dua jiwa yang berlainan. Tak kurang juga yang mentafsirkan ia sebagai suatu yang subjektif dan sukar untuk diterjemahkan oleh manusia. Sebelum diteruskan lagi subjek ini, suka untuk dibawakan satu kisah berkaitan dengan kasih sayang. Kisahnya begini:

Pada suatu hari disekolah, seorang murid bertanya kepada gurunya. Ketika itu, guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.
Pelajar: "Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Guru: "Ok, kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang, kamu berjalan atas rumput sambil memandang rumput didepan kamu. Pilih yang paling cantik tanpa menoleh kebelakang walau sekali dan petik rumput yang paling cantik, bawa ke kelas."
Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun ditangannya. Guru bertanya, kenapa tiada sehelai rumput pun yang dipilih?
Pelajar: "Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik ,tapi, cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi, sampai dihujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada diantara yang dibelakang saya tadi, rumput yang paling cantik, tapi, cikgu cakap jangan menoleh kebelakang semula. Jadi, tiadalah rumput yang saya boleh petik."
Cikgu: "Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seorang yang kita sayang, jangan kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. Kita patut menghargai orang yang berada didepan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlalu tak berulang lagi. Dan ingatlah, orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Maupun kalau nak diikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi".

Begitulah nilai kasih sayang yang sebenar. Sebenarnya, kasih sayang yang sejati adalah sayang kepada Pencipta dan juga sesama makhluk ciptaanNya.

Madah cinta: Memburu cinta memang baik. Tetapi, cinta yang datang tanpa diburu adalah lebih baik dan bernilai.

Comments

No response to “Makna kasih sayang.”
Post a Comment | Catat Ulasan (Atom)

Catat Ulasan

 
THe MEaNinG of LOvE. Citrus Pink Blogger Theme Design By LawnyDesignz Powered by Blogger